Saturday, October 16, 2010

TUGASAN CTU 101

TAJUK:
Peranan institusi agama di kariah anda dan peranannya.


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101


DISEDIAKAN OLEH:
ASUANA BINTI AYUB
No Matrik : 2010293826
Kumpulan: ECD1De


PROGRAM:
Diploma Kejuruteraan Awam
(EC110)

TARIKH HANTAR:
17 OKTOBER 2010












ISI KANDUNGAN

TAJUK
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENDAHULUAN
KONSEP
HURAIAN
PENUTUP
RUJUKAN
















ABSTRAK:
Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadat umat Islam.Ini merupakan definisi secara umum.Kalimah ‘masjid’ dari sudut bahasa Arab membawa maksud ‘tempat sujud’.Mengapa disebut tempat sujud sedangkan masjid merupakan tempat sembahyang dan ibadat.Kalimah ini merupakan majazi(metafora) dari sudut ilmu Balaghah yang mana ia hanya menyebut satu bahagian tertentu daripada suatu perkara namun maksud sebenar adlah perkara tersebut.Seperti sujud yang merupakan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang digunakan di sini membawa maksud sembahyang. Ertinya masjid adalah ‘tempat sembahyang’.Oleh itu,manfaatkanlah masjid selagi nyawa di kandung badan, selagi jasad bernyawa, selagi Allah masih memberi peluang kepada manusia untuk menikmati dunia yang sementara ini untuk kita beribadat kepadanya.














PENDAHULUAN

Orang yang bijak akan mengambil peluang bersungguh-sungguh bagi memanfaatkan institusi agama di kampung mereka.Begitu juga di Kampung Telaga Bata.Masjid dan madrasah di kampung ini sentiasa dipenuhi oleh penduduk kampung pada setiap waktu solat. Dalam erti yang ringkas,masjid dan madrasah kami sentiasa diimarahkan oleh masyarakat di sekeliling tidak kira masa terutamanya ketika solat. Malah tidak dinafikan, sekiranya ada majlis agama atau apa-apa aktiviti yang diadakan di masjid atau di madrasah kami, penduduk kampung akan membanjirinya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk kampung ini sentiasa sedar dan bersemangat dalam menceriakan Rumah Allah itu.















KONSEP
Dalam masyarakat kita berkembang dua istilah yang dijadikan tempat ibadah iaitu masjid dan musalla.
Masjid dari sudut bahasa ialah berasal dari perkataan ‘masjid’ atau ‘masjad’ yang bererti tempat sujud.Berasaskan pengertian bahasa inilah perkataan itu diguna pakai sebagai nama tempat kita melakukan solat kerana antara gerakan utama dalam solat ialah sujud.Sujud bererti patuh sehingga sampai kepada tahap pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT.Disebabkan itulah solat disebut sebagai ibadat,iaitu suatu cara yang tertentu bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdian seseorang Muslim kepada Allah.Maka masjid itulah memberi erti tempat untuk umat Islam melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan keabdian kepada Allah.Mengikut terminologi agama pula,masjid adalah tempat khusus yang digunakan untuk solat berjemaah dan kegiatan keislaman yang lain.Apabila masjid itu digunakan untuk solat Jumaat maka ia lazim disebut masjid Jami’ atau Jami’ sahaja dan apabila tidak dipakai untuk solat Jumaat,ia disebut sabagai masjid sahaja.
Namun masjid dalam erti sempit merupakan tempat yg mulia di sisi Allah SWT. Di sebabkan itu Allah memberikan perhatian yang sangat khusus terhadap tempat tersebut. Hal itu terbukti dengan banyaknya janji yang ditebar oleh Allah SWT terhadap orang-orang yang mahu memelihara dan membangun tempat itu. Salah satu di antara sekian janji itu ialah Allah akan membuatkan rumah di syurga bagi orang yang menggunakan hartanya untuk membangunkan masjid. Janji ini sesuai dengan sabda Nabi saw “Barangsiapa membangun dari harta yg halal sebuah masjid utk Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga.” Namun masjid dalam erti yang sangat luas adalah semua bumi Allah SWT ini. Hal ini sesuai dengan sabda Rasul saw “.. dan dijadikan bagiku semua bumi ini sebagai masjid dan sebagai sesuatu yang suci- mensucikan .” Sebab apabila sahaja kita hendak melakukan solat maka di mana saja di bumi Allah ini kita boleh melakukannya tanpa harus mencari masjid atau musalla. Bahkan di halaman rumah pun boleh di jalan raya pun boleh yang penting tempat yang kita gunakan untuk bersolat itu suci. Berbeza dengan agama bukan Islam yang mengharuskan penyembahannya di lakukan di dalam gereja,kuil dan lain-lain. Selanjutnya dalam referensi Islam klasik kita tidak ditemukan istilah ‘musalla’ sebagaimana lazimnya istilah tersebut pada saat ini. Di Timur Tengah sendiri sampai saat ini kononnya tidak ditemukan istilah ‘musalla’ sebagai sebuah bangunan berbeza dgn istilah ‘musalla’ sebagai sebuah tempat solat.
Musalla pula mengikut bahasa bererti tempat solat dan dari segi istilah juga sedemikian.Di Negara kita istilah musalla diguna pakai untuk mengarabkan nama-nama seperti surau atau sekurang-kurangnya dalam terminology agama apa yang digunakan sementara disebut surau atau masjid iaitu masjid yang bukan jami’.Memang ada istilah musalla disebut dalam quran dan juga hadis tetapi pengertiannya terbatas kepada tempat solat atau kadang-kadang diertikan sebagai lapangan tempat solat hari raya.Oleh kerana itu,setiap penyebutan masjid dalam hadis-hadis nabawi juga mencakupi pengertian musalla.
Nabi SAW telah memberi contoh bahawa masjid bukanlah semata-mata tempat untuk beribadat dalam pengertian sempit seperti solat,Ik’tikaf, dan membaca Al-Quran misalnya disamping juga berfungsi sebagairuang kegiatan belajar dan mengajar dan lain-lain kerana mengkhususkan masjid sebagai tempat ibadat semata-mata adalah sangat tidak tepat.







HURAIAN
Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah "Institusi Masjid", maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah.Peranan masjid ketika ini masih hambar.Walaupun ada usaha untuk memakmurkan masjid yang timbul daripada kesedaran yang tinggi namun usaha ini masih perlu digiatkan lagi.Kesedaran perlu ditingkatkan bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk beribadat semata-mata,bahkan masjid merupakan pusat kegiatan pelbagai aktiviti umat Islam sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasullullah SAW.Apa yang nyata,persepsi umat Islam terhadap masjid masih samar-samar kerana minda mereka telah digasak sekian lama bahawa masjid hanya tempat untuk beribadat sahaja.Sebarang aktiviti yang bukan berbentuk keagamaan tidak boleh dilakukan di masjid kerana ia dilihat boleh mencemarkan martabat masjid! Ini adalah persepsi yang salah.Ianya timbul daripada kekeliruan hasil daripada gerakan sekularisme yang ingin memisahkan agama daripada urusan hidup duniawi dalam diri umat Islam.Umat Islam hanya sesuai untuk beribadat sahaja manakala aktiviti keduniaan tidak perlu diserahkan pada umat Islam.Atau dengan maksud lain,masjid hanya untuk kegiatan agama sahaja manakla aktiviti lain perlu dilakukan di luar masjid.Hadis palsu yang berbunyi: “Barang siapa yang berkata-kata di dalam masjid dengan perkataan duniawi,maka amalannya terbatal selama 40 tahun! Hadis ini lilaungkan bahkan ditmapal di dinding di dalam masjid. Ini adalah hadis yang palsu,mungkar lagi batil.Dicipta oleh golongan zindiq sekularis yang ingin memisahkan agama daripada urusan hidup berbentuk keduniaan.Kesannya,umat Islam mundur,jumud,pasif,dan hanya tahu tentang agama sahaja.Itu pun dengan pemahaman yang jumud juga. Maka umat Islam menjadi seperti penganut agama lain yang berpandangan bahawa Tuhan hanya ada di masjid,kuil,tokong,gereja dan saumaah. Bila keluar masjid,maka wataknya berubah.Bebas kerana tiada ‘Tuhan’.
Oleh itu peranan masjid haruslah di pandang serius pada masa kini.Institusi masjid haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 50 peranan utama.Masjid di kampung saya iaitu Masjid Telaga Bata mempunyai banyak peranan yang tersendiri. Masjid tersebut berperanan sebagai pusat komuniti di mana masyarakat berkumpul bagi tujuan untuk beribadat,iaitu pengabdian kepada Allah SAW.Bagi tujuan tersebut,berbagai program-program yang diadakan.Dalam satu istilah,program-program ini biasa disebutsebagai “ta’mir” yang bermaksud “pengisian”, iaitu mengisi wadah berkenaan dengan berbagai aktiviti yang boleh menjayakan fungsinya yang telah ditetapkan.
Selain menjadi tempat beribadat,masjid tersebut turut menjadi Pusat Penjagaan Ayat-ayat suci Al-Quran. Rakan masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka.Kalaulah Imam dapat berundur dalam sehari untuk member laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi Imam,kemudian Imam boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam bacaan terutama dalam Tajwid.Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi Masjid sebagai penjaga ayat-ayat suci.Selain menjadi tempat belajar mengaji Al-Quran,masjid ini turut membuat aktiviti seperti Kem Solat.Kem seperti ini mengajar masyarakat terutamanya kanak-kanak belajar untuk sembahyang.
Di samping itu, institusi masjid ini turut dijadikan tempat percambahan ilmu dimana masjid ini mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama,tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu social,ekonomi,politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid ini.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya pemimpin masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka,syarikat percetakan dan sebagainya.Selain dari itu, Jawatankuasa Kariah juga memohon derma dalam bentuk buku daripada penduduk mukim atau daerah ini.
Tambahannya,masjid di kampung saya turut melakukan aktiviti seperti bergotong –royong membersihkan masjid,membuat jamuan seperti bubur lambok,jamuan berbuka puasa,melakukan Qiamullai dan sebagainya. Aktiviti seperti ini sememangnya boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama penduduk kampung.Malah aktiviti seperti ini turut memberi kepentingan yang tersendiri,iaitu dapat menjaga kebajikan sesama manusia di setiap masa sekiranya berlaku apa- apa kecelakaan atau masalah.
Seterusnya,masjid ini turut menjadi tempat untuk masyarakat berkumpul bagi membincangkan isu-isu semasa atau apa sahaja tentang kariah kami. Sekiranya terdapat apa-apa masalah,jawatankuasa kariah akan terus duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul tersebut. Jadi dengan itu,segala masalah yang timbul secara automatiknya dapat diselesaikan bersama-sama mudah,cepat dan selamat. Malah dengan cara ini juga dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah lain.
Selain itu,masjid ini turut menjadi tempat khatam Al-Quran. Majlis seperti ini sememangnya sangat bagus dan berfaedah. Majlis ini selalunya dijalankan terutamanya diakhir bulan puasa.Sememangnya majlis seperti ini banyak membantu serta menggalakkan umat Islam agar sentiasa membaca kalam Allah serta tidak lupa kepada-Nya. Pada lazimnya, aktiviti ini turut memberi kebaikkan kepada masyarakat agar bergotong-royong membuat jamuan makan bagi majlis Khatam Al-Quran tersebut.
Seterusnya, masjid ini turut menjadi salah satu tempat pengutipan zakat fitrah. Zakat ini akan dikutip pada bulan puasa oleh wakilnya iaitu Imam Zakaria ataupun Imam Mamat.Seterusnya zakat yang telah dikutip akan dibahagikan kepada yang memerlukan terutamanya fakir miskin,anak-anak yatim atau sesiapa yang memerlukannya. Malah tidak dinafikan bahawa masjid ini turut menjadi tumpuan orang ramai untuk membayar zakat.
Di samping itu,masjid ini turut membuat aktiviti kerohanian seperti ceramah agama. Setiap kali ceramah diadakan,jamuan turut disediakan seperti jamuan bubur lambuk.Penduduk kampung akan bergotong-royong menyediakan masakan ini. Saya turut pernah menyertai program dan aktiviti menyediakan masakan ini.Sememangnya aktiviti ini sangat bagus kerana membuat masyarakat sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.Jadi aktiviti seperti ini haruslah dikekalkan dan sentiasa diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
Malah,masjid ini turut menjadi tempat untuk mengadakan kursus kahwin bagi sesiapa yang ingin mendirikan rumah tangga bersama pasngan masing-masing. Program seperti ini banyak memberi faedah dan kebaikkan kepada anak-anak kampung untuk berkahwin dengan cara yang betul di sisi undang-undang Islam.Selain itu,program seperti ini turut memberi keyakinan dan kepercayaan kepada penduduk kampung agar tidak menaruh syak wasangka kepada remaja-remaja di kampung ini bahawasanya,remaja tersebut sebetulnya ikhlas dalam setiap keputusan yang dilakukannya.
Seterusnya, setelah program seperti di atas diadakan, masjid ini turut menjadi tempat untuk pasangan yang ingin membina rumah tangga.Majlis akad nikah akan diadakan di masjid ini sekiranya ada anak-anak Kampung Telaga Bata yang ingin mendirikan mahligai hidup.Selalunya Imam yang akan menjadi tok kadi ialah Imam Mamat.Imam Mamat merupakan Imam muda masjid kami.Prosedur-prosedur yang sewajarnya akan disediakan seawalnya oleh setiap pasangan agar tidak timbul masalah ketika majlis akad nikah ingin dilangsungkan.Setelah selesai semua yang patut dilakukan,maka selamatlah pasangan pengantin baru tersebut bergelar raja sehari.
Selain itu juga,masjid ini turut mengadakan program solat Tasbih terutamanya pada bulan puasa.Pada bulan puasa yang lalu,majlis nini diadakan pada hari ke 10 terakhir puasa. Program ini juga sebenarnya bertujuan bagi menyedarkan masyarakat agar sentiasa bersabar dalam melakukan sesuatu perkara sekiranya kita ingin mendapat ganjaran yang baik dan sempurna daripada-Nya.Tambahannya,program ini turut bertujuan bagi mengimarahkan lagi program Qiamullai di kampung kami. Program ini sangat baik serta memberi manfaat kepada semua yang mengikutinya.Alang-alang berjaga malam,kita juga dapat mencari satu malam iaitu malam Lailatulqadar.Malam sribu malam…Betapa indahnya ciptaan Allah kepada makluknya yang beriman sepenuhnya kepada-Nya.
Dari segi kebajikan pula,masjid ini akan memberi sumbangan sedikit sebanyak kepada anak-anak yatim,ibu tunggal dan juga bagi pelajar yang cemerlang dalam akademik mereka. Sumbangan ini bukan bertujuan untuk menunjuk bahawa masjid kami mempunyai kewangan yang sangat stabil tetapi sebagai sumbangan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. Bagi pelajar yang cemerlang dalam akademiknya,sumbangan yang diberikan adalah untuk menghargai penat lelah mereka memerah otak untuk memahamni dan mendalami lagi ilmu Allah SWT.










PENUTUP
Kita sememangnya akui masjid ialah ‘Rumah Allah’. Jadi kita umat Islam haruslah sentiasa menjaga rumah Allah tersebut agar tidak dicemari oleh mana-mana anasir jahat terutamanya pada masa sekarang. Kita juga mestilah mengimarahkan masjid atau surau di kampung kita agar institusi agama kita tidak lenyap gara-gara umat Islam sekarang hanya berstatuskan Islam dalam kad identiti diri sahaja.Sedarlah dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi bila tiba masanya jika bukan kepada Allah SWT sahaja.



RUJUKAN

Masjid Telaga Bata dan Madrasah Telaga Bata.
Imam muda Masjid Telaga Bata,Imam Mamat.